Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar korang semua? Dah lama aku tak update blog.. So, hari ni adalah hari yang ke 17 aku dan diniey duduk di KL.. Sepanjang tempoh tu, macam2 aktiviti yang aku buat.. Best..Now, aku nak citer pasal aktiviti2 aku kat sana. Tapi aku tak ingat la hari yang ke berapa masa aku buat aktivititi tuh! First first yang aku ingat, aku,diniey dan achik pergi Festival City.. Alahai, tempat yang Adam dan Hawa dating tuh.. hee :)
 |
| Festival City |
 |
| Festival City |
 |
| Kat escalator pon bole!! |
Kitorang pergi situ sebenarnya sebab achik nak bayar apa benda tah... Tapi tempat tu tak ada.. Entah laa, aku pon tak faham.. Lepastu, kitorang pergi makan kat Subway.. Achikk lapar~ Kitorang order roti dua dan aku nak chocolate chip.. Roti dia yang pertama aku try tak sedap sangat.. Roti yang kedua aku try tu sedapp giler.. Chocolate chip tu, dua dua aku habiskan.. Huh, gila tak buncit perut akuu.. Kat meja tuh, kitorang yang paling bising.. Entah apa yang kitorang ketawakan smpai bising gila.. Semua pandang.. Haish malu malu...
 |
| Subway.. |
 |
| Subway |
 |
| Jemput makan semuaa |
 |
| Saya makan dulu ye.. Aumm |
Herm,, Lupa nak bagitau, aku susun aktiviti aku ni tidak mengikut kronologi yang betul ye :) Okay, selain dari pergi Festival City, aku ada menziarahi tempat lain jugak.. Masa ni tarikhnye 17/11/12.. Birthday si Diniey tuh! Kononya macam kitorang pergi sini sebab nak makan2 sempena birthday diniey dan achik(20/11/12).. Kitorang pergi makan kat Flaming Steamboat.. Makanan nye sedap gilaa.. Masa tuh, ramai yang menyertai acara makan2 ni.. Mereka ialah saya, diniey, achik, ayah chik, cik mal, ngah, ayah ngah, mukhreez, ayah abe, and cik eya.. And mukhreez duduk sebelah aku. Memang aku tak boleh makan la bila duduk sebelah dia. Asyik layan dia je. Tapi aku tak kisah sebab best dapat agah dia.. Dapat jugak suap dia aiskrim, biskut, bawa dia kat makanan yang berlambak tuh.. Hee... Rindu laa budak comel tuh!!
 |
| With Achikk |
 |
Tu ayah chik dan aku.. Dia tuh memang mcam takde perasaan tapi dia sebenarnya baik walaupun agak menyakitkan hati..
|
 |
| Herm, tengok tuh, 'baik' kan dia.. Nak letak makanan kat atas pinggan aku.. Herm,, ye la tuh kan.. |
 |
| Herm, ni laa birthday girl.. Diniey Ezzati |
 |
| All of us.. Macam tak cukup korum laa.. Mereka yang lain pergi ambil makanan.. |
 |
| Cake Birthday Girl.. |
Seterusnya,, aktiviti yang aku buat kat KL, ni adalah melawat dan menziarahi dan mengunjungi Cyberjaya University College Of Medical Sciences.. Kolej nii kolej tempat achik mengajar secara part time.. Sekarang aku tengah ada kat sini laa.. Pergi buat kali kedua.. Kali pertama masa 20/11.. Pagi pagi lagi, achik ajak breakfast kat kantin dia.. Makannan dia boleh lah tahan.. Lepastu duduk kat office achik.. While achik meeting, aku dan diniey main laptop and ipad.. Best laa jugak.. Dan hari ni aku pergi lagi sebab achik meeting lagi dan nak siap untuk budak exam.. Dan achik mintak tolong aku kemas kemas kad apabenda tah.. Aku pon tak faham.. So, of course laa kami berposing dulu sebelum balik kan.. Gambar nii di'captured' masa kali pertama ke sini..
 |
| Aku dan Diniey kat CUCMS |
 |
| Achik cakap, dia sendiri tak pernah amik gmbar kat sini. Aku, first2 datang sini pon dah amik gambar.. Haha.. |
 |
| Dia ni pon nak jugak kan berposing.. Huh! |
 |
| Senyum! Tak perlu kata apa apa.. Lalala~ |
 |
| Kat sini pon bolee!! |
 |
| Last picture sebelum kami pulangg |
Aktiviti seterusya... Aku tak ingat bila tarikhnya.. Tapi yang penting masa nii kat Farmasi, ada aku,diniey, Kak Az, dan Kak Ros.. Tapi customer je yang takde..Memang bosan gila waktu tuh! So, apalagi, start laa kerja gila Kak Az.. Muka aku yang jadi mangsa.. Tapi memang aku yang nak pon.. Dia make up kan aku.. Masa tengah makeup tuh, dia tak bagi aku tengok cermin pon.. Huh! Dan hasilnyaaaa......
 |
| Tadaa~Jadilah macam niii.. |
So, credit to Kak Az, Ronasutra selaku bedak and blusher,mascara,lipstick,and eye liner.. Bila tengok cermin, i said 'cantik jugak aku ni' Haha.. Mata aku nampak bulat bila Kak Az make up kan macam tu sekali.. Bila ada customer datang mereka semua tengok je aku.. Tak tau la pelik ke lawa ke.. Kak Ros kata elok2 customer tu nak tengok Kak Az, terus terpandang aku selaku cashier masa tuh.. Haha.. Ada sorang customer tu sebelum dia keluar, dia terpandang aku.. Dan satu benda yang aku tak sangka bila dia cakap 'WOW' kuat2.. Malu aku.. Haha.. Lepas selesai aktiviti make up tuh, pakai inai pulak.. Kak Az lagi yang pakaikan.. So, credit tu Kak Az selaku pencorak. Aku dan Diniey sebagai model dan achik selaku jurukamera 'handal'.. Haha..
 |
| Before and after.. Ni tangan aku.. Kaler dia tak merah sangat laa~ |
 |
| Dinieyy |
Seterusnya, time nii customer tak de.. So, start lagi laa keje gila kitorang.. Masa ni tak gila sangat sebab Kak Az cuti.. So, kitorang posing je.. Hehe...
 |
| Aku adalah seorang cashier ye dlm lakonan mahupun realiti.. |
 |
| With my achikk.. |
Seterusnya,, aktiviti ni dijalankan kelmarin.. Rumah Tok Cik Yah.. Dia panggil orang datang rumah sebab ada Majlis Cukur Jambul Baby Fiddeen Hamshi Bin Fikhran Hamshi.. Majlis ni diadakan dgan gilang gemilangnya.. Eceh.. macam buat laporan pulak.. Haha.. Aku diniey dan achik datang awal giler.. Masa datang orang tengah marhaban lagi.. Family lain belum sampai lagi.. Dah besar dah baby Fiddeen ni.. Comel.. Geram aku.. Tema majlis ni purple.. Lepastu kitorang makan.. Makanan dia sedap la jugak.. Lagi2 udang dia.. Dah la besar.. Nak aje aku habiskan tau! Tapi air nye teh tarik dgan mata kucing.. Hermm.. Then, duduk lepak kejap lepastu baru pulang..
 |
| Kat katil baby..Cantikkan.. Macam pelamin.. |
 |
| With Mukhreez and ngah.. |
 |
| Katil Fiddeen |
 |
| Fiddeen Hamshi Bin Fikhran Hamshi |
 |
| Comel kann budak nii |
 |
| Cukur Jambul |
Tu, aktiviti kelmarin pagi.. Nak tau aktiviti kelmarin malam? Kitorang pergi tengok wayang.. Nak tau cerita apa? Istanbul aku datang laa.. Apa lagi kan.. So, ceritanya best sangat.. Lisa Surihani comel sangat.. Dan jeles jugak tengok blog lisa tuh.. Lawa giler dan ada yang memberi respon.. Untunglaa.. Part yang paling tak bole blah bila Lisa naik atas Beto Khusyairi.. Haha.. Berdekah aku.. So, seperti biasa posing dulu sebelum masuk dlam panggung.. Sikit je amik gmbar sebab si Cik Mal tu tak sabar2 nak masuk.. Bak katanya 'Cepatlah!! Nak tengok iklan.. Saya suka iklan'.. Kitorang amik couple seat tapi kat bahagian tengah, belakang sekali.. Awesome!! Tempatnya luas. Aku duduk sebelah Cik Mal.. Diniey sebelah achik.. Aku dan diniey punyalah feeling nak mampos yang Cik Mal dan Achik tu mcm tkde perasaan.. Yang sebelah aku tu makan popcorn je padahal masa nak beli ckap 'saya tak makan popcorn' Last sekali, dia yang habiskan.. Dah tu hampir je nak tidur budak tu.. Ish ish.. Yang sebelah diniey tu pulak duk sibuk ambil gmbar lisa dlm cerita tu.. Ish ish.. Biarlah mereka.. Asalkan mereka bahagiakan..
 |
| Sebelum masuk wayang.. |
 |
| Achik diniey dan cik mal. Siapa lagi jurukameranye kalau bukan aku kann |
 |
| Lisa yang comel.. :) |
 |
| Poster Istanbul Aku Datang |
So, ni aktiviti aku semalam kat farmasi.. Tagging harga :)

Seronok Buat Kerja Ni.. |
| Seronok buat kerja nii |
Jadi, sampai sini je lah dulu memandangkan aktiviti aku baru sampai situ.. Sekarang aku kat kolej achik.. Update blog while achik pergi meeting.. Lepasni pergi lunch kat Damansara.. Eeeeee... Tak sabar sabarnyeeee... :)
Bye koranggg..
Assalamualaikum w.b.t