Tuesday, 18 December 2012

Girls Day Out | Kidzania


Haritu, seperti yang sudah diberitahu.. Aku, diniey dan achik ke rumah Cik Zie.. Kitorang bertolak dalam pukul 4petang. Mula2 hantar ubat datin dulu.. Then baru pergi rumah Cik Zie kat Putrajaya. Dalam pukul 6.30 macam tu baru sampai. So, aku relax2 dulu kat atas, buat macam rumah sendiri, main2 ngan Suri (anak Cik Zie).. Then tetibe je achik yang kat bawah ajak karoke kat bawah.. So apalagi.. Aku terus laa turun dan berkaraoke.. Aku achik dan diniey karoke sampai laa malam tu, Cik Zie ajak makan dulu sebab dia rushing nak pergi hospital. So malam tuh tinggal aku diniey dan bibik je. Sebabnye achik and suri ikut cik zie pergi hospital. So, apalagi aku dan diniey duk karoke je la malam tuh.. Best giler.. Tapi kena karoke secara  berhemah sebab dah malam kan... Haha..  Dalam pukul 1 lebih, mereka mereka pon pulak dari hospital. Diorang bawa balik burger from mcdonalds.. And i was... Eating burger at this time?? Then lepastu kitorang smbung karoke smpai pukul 2 lebih.. 


Esoknya, bangun awal pagi, bersarapan.. Sementara menunggu cik zie and suri bersiap aku diniey dan achik smbung karoke lagi.. Hehe..

Sempat lagi kan.. hehe :)
Then terus gerak ke kidzania.. Wohooo!! Kidzania, here we come!!  Kitorang ke sana naik kereta cik zie, alphard beb! So, these were the picture captured by my achik..

So,thats me diniey with suri.. 
Thats me diniey and achik..
Thats achik and i kat dalam alphard 
And thats is cik zie merangkap driver kitorang with achik..

Dah smpai sana, nak beli tiket.. Tiket session pagi pulak dah habis.. So, belilah yang petang punya.. Sementara menunggu session petang start pukul 4petang we all pergi lunch.. Masa otw ke restaurant, terjumpa pulak kedai buku ni!! 

Tadaa~ Disinah Adam Dan Hawa  dijumpai.. Kihkih..
And benda ni lah yang dicari cari.. Dah jumpa.. Lala~

Dan kitorang pun teruskan perjalanan kitorang ke restaurant.. Nama restaurant tu restoran marche.. Ala2 kat bazaar ramadhan gitu.. Susah nak describe.. So silalah jamu mata anda dgn gmbar2 dibawah ni :)

Baru nak masuk..
With lembu.. Moo~
In the marche 
In the marche

Lepas makan, kitorang solat zohor.. Dalam pukul 4 lebih gitu baru masuk dalam kidzania.. Dekat dalam tuh  dari pukul 4 petang smpai 9 malam.. Dalam tempoh tu sempat main 4permainan je.. 

Pakai 'jam' sebelum masuk

Duit 'kidzos'..
Diniey main benda alah ni dgn suri.. I? Sorilah..
Pilot.. Aku diniey dan suri main benda ni..

Lagi dua permainan adalah stesen tv dan kilang cadbury.. So, penat tapi best.. Beratur je pnjang.. Sebab tu la lama.. After took our memories photo, kitorang pergi makan steamboat.. Dah tengah malam baru balik rumah cik zie.. Esok pagi tu baru balik farmasi khaliff :) 


Goodbye,kidzania 

so see you then, XOXO... | Deeyanaezzati


























Sunday, 9 December 2012

An Awkward Trip

Assalamualaikum w.b.t

                Helo peeps!! Dah lama rasa tak update blog nie.. Well, sejak dua menjak aku agak busy sikit.. Lagipon aku terlalu enjoy baca blog Dr.Halina.. Aku baca dari mula2 dia ada blog smpai laa entri dia yang terbaru semalam. Yes! Dr.Halina.. Takkan tak kenal kot.. Isteri angkasawan pertama malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Blog dia best sangat.. Enjoy reading her journey with her husband and her apple on her eye, Sophea Isabella. Dan tak lama lagi she will get seorang lagi anak.. Now, her pregnancy about 7-8 months.. Dah lama la tu.. Dan lain kali je la aku cerita pasal keluarga nie~.. 



What a happy family.. 


              So now is about me.. Tadi lepas zohor achik bawa aku dan diniey ke KLCC.. But before that achik nak kitorang berdikari dengan menaiki LRT.. Tapi ditemani achik laa.. Gila ke nak naik 2orang je.. Seram woo~ Aku pernah naik LRT ni  sekali je.. Ayah abe yang bawak.. Naik LRT kali ni tak de laa best mana.. Ramai la jugak sampai aku kena himpit 2orang yang tak dikenali.. Nasib perempuan.. Achik kena duduk sebelah lelaki india.. Yang si Diniey tu pulak kena berdiri je.. Sian.. Thats awkward number 1.


Beli token.. Berangin laa.. hujan woo~
Menunggu LRT..
Mana LRT ni..
               Dah sampai je kat KLCC the LRT stop,pintu terbuka dan berduyun duyun yang masuk.. Aku kena tinggal kat belakang.. Huhu.. Dan bila masuk aje kat KLCC, what?? Theres a thousand million of people.. Oh my god!! Macam mana nak berjalan.. Awkward number 2.. So, jalan je laa.. Tawakal je la kan.. Our first destination is petrosains.. Nak cari petrosains tu punyalah payah ! Huh! Dah sampai kat sana, tiket pulak habis.. Stress!! Awkward number 3.. Haish! Dan lupa nak bagitau.. Yang ayah abe pon sebenarnya ada kat KLCC tu tapi kitorang tak jumpa.. Sebab nye masa kita turun dia naik. Masa kita naik dia turun.. Last2 dia balik dulu. Awkward number 4. 

So, amik gambar je laa

               Then.. terus ke plan B.. pergi aquaria.. Jalan dia punya lah jauh nak snmpai ke aquaria tuh! Dah laa berduyun manusia.. Lenguh kaki aku.. Aku rasa macam kat mekah yang lalu ada terowong tuh apa tah namanya.. Hye,serius penat.. Awkward number 5. Dah sampai kat sana.. Baru je masuk.. Dah rasa nak pengsan.. Gelap,ramai orang,tertutup,bau klorin.. Oh my god! Sudahnya cancel je nak masuk dann.....

Amik gambar je la keje nye,, Muka penat

                  So, terpaksa laa berpatah balik.. Ya allah!! Exercise aku hari ni. Awkward number 6. Dan aku rasa macam nak balik je masa tuh.. Dengan manusia yang ramai gila tuh.. Haish!! Bersabarlah wahai hati.. Tapi tak bole balik sebab misi aku belum selesai.. So, lepastu kitorang pergi kedai ni sebab Kak As suruh kirim untuk belikan roti ni.. 




Taddaaa~ Ramai kan manusia.. Roti apatah nama nye.. 

                       Punyalah lama nak beratur tu.. Lama gilaa.. Awkward number 7. Then, kitorang pergi malaksanakan misi aku.. Misi untuk mencari aksesori.. Yeay!! Kak As kata ada satu kedai yang jual aksesori dan murah.. Tapi bila kau pergi.. Mak ai!!! Gila mahal.. Mungkin aku dah salah kedai dan disebabkan taknak memenatkan diri lagi, kitorang terus ke tempat juat tiket LRT.. Nak balik dah!! Penat tau takk.. Dan bila sampai sana.. Beratus manusia duk beratur nak beli token tuk naik LRT.. Oh,pengsan.. Awkward number 8.. 

Nak balik dah!! 

                     Bila naik LRT tu, seperti biasalah ramai orang dan nasib badan, aku tak dapat duduk.. Oh,sedih.. Tapi nasib baik tempat yang aku berdiri tu kat hujung.. Dapat tengok terowong dan jalan atas rel LRT.. Awkward number 9 sebab tak dapat duduk.. Huhu.. Dan akhirnya aku sampai pun di Farmasi Khaliff dan muka aku....  Alaa.. Tak amik gmbar pulak.. Tapi series penat.. Balik tuh aku baring je.. So, thats was my awkward shopping at KLCC.. Yeah!! Okay,thats all.. See you then, XOXO.. 

********************************************************************************

PERANCANGAN MASA DEPAN :: 
  • Esok,Isnin petang kami akan bertiga akan ke rumah Cik Zie.. 
  • Kami akan ber karaoke!! Yeay!! 
  • Kami akan bermalam di sana.. Yes! Dapat karok sampai tengah pagi..
  • Esoknya,Selasa kami bersama Cik Zie dan Suri akan ke KIDZANIA.. 

********************************************************************************


   Assalamualaikum w.b.t ,Deeyanaezzati           


  
  

               

Monday, 26 November 2012

My Activityy :)

Assalamualaikum w.b.t

        Apa khabar korang semua? Dah lama aku tak update blog.. So, hari ni adalah hari yang ke 17 aku dan diniey duduk di KL.. Sepanjang tempoh tu, macam2 aktiviti yang aku buat.. Best..Now, aku nak citer pasal aktiviti2 aku kat sana. Tapi aku tak ingat la hari yang ke berapa masa aku buat aktivititi tuh! First first yang aku ingat, aku,diniey dan achik pergi Festival City.. Alahai, tempat yang Adam dan Hawa dating tuh.. hee :) 


Festival City
Festival City

Kat escalator pon bole!!


Kitorang pergi situ sebenarnya sebab achik nak bayar apa benda tah... Tapi tempat tu tak ada.. Entah laa, aku pon tak faham.. Lepastu, kitorang pergi makan kat Subway.. Achikk lapar~ Kitorang order roti dua dan aku nak chocolate chip.. Roti dia yang pertama aku try tak sedap sangat.. Roti yang kedua aku try tu sedapp giler.. Chocolate chip tu, dua dua aku habiskan.. Huh, gila tak buncit perut akuu.. Kat meja tuh, kitorang yang paling bising.. Entah apa yang kitorang ketawakan smpai bising gila.. Semua pandang.. Haish malu malu...

Subway..

Subway
Jemput makan semuaa
Saya makan dulu ye.. Aumm 


                Herm,, Lupa nak bagitau, aku susun aktiviti aku ni tidak mengikut kronologi yang betul ye :)  Okay, selain dari pergi Festival City, aku ada menziarahi tempat lain jugak.. Masa ni tarikhnye 17/11/12.. Birthday si Diniey tuh! Kononya macam kitorang pergi sini sebab nak makan2 sempena birthday diniey dan achik(20/11/12).. Kitorang pergi makan kat Flaming Steamboat.. Makanan nye sedap gilaa.. Masa tuh, ramai yang menyertai acara makan2 ni.. Mereka ialah saya, diniey, achik, ayah chik, cik mal, ngah, ayah ngah, mukhreez, ayah abe, and cik eya.. And mukhreez duduk sebelah aku. Memang aku tak boleh makan la bila duduk sebelah dia. Asyik layan dia je. Tapi aku tak kisah sebab best dapat agah dia.. Dapat jugak suap dia aiskrim, biskut, bawa dia kat makanan yang berlambak tuh.. Hee... Rindu laa budak comel tuh!!


With Achikk


Tu ayah chik dan aku.. Dia tuh memang mcam takde perasaan tapi dia sebenarnya baik walaupun agak menyakitkan hati..
Herm, tengok tuh, 'baik' kan dia.. Nak letak makanan kat atas pinggan aku.. Herm,, ye la tuh kan..

Herm, ni laa birthday girl.. Diniey Ezzati

All of us.. Macam tak cukup korum laa.. Mereka yang lain pergi ambil makanan..
Cake Birthday Girl..


            Seterusnya,, aktiviti yang aku buat kat KL, ni adalah melawat dan menziarahi dan mengunjungi Cyberjaya University College Of Medical Sciences.. Kolej nii kolej tempat achik mengajar secara part time.. Sekarang aku tengah ada kat sini laa.. Pergi buat kali kedua.. Kali pertama masa 20/11.. Pagi pagi lagi, achik ajak breakfast kat kantin dia.. Makannan dia boleh lah tahan.. Lepastu duduk kat office achik.. While achik meeting, aku dan diniey main laptop and ipad.. Best laa jugak.. Dan hari ni aku pergi lagi sebab achik meeting lagi dan nak siap untuk budak exam.. Dan achik mintak tolong aku kemas kemas kad apabenda tah.. Aku pon tak faham.. So, of course laa kami berposing dulu sebelum balik kan.. Gambar nii di'captured' masa kali pertama ke sini.. 


Aku dan Diniey kat CUCMS
Achik cakap, dia sendiri tak pernah amik gmbar kat sini. Aku, first2 datang sini pon dah amik gambar.. Haha..
Dia ni pon nak jugak kan berposing.. Huh!
Senyum! Tak perlu kata apa apa.. Lalala~
Kat  sini pon bolee!!

Last picture sebelum kami pulangg


      Aktiviti seterusya... Aku tak ingat bila tarikhnya.. Tapi yang penting masa nii kat Farmasi, ada aku,diniey, Kak Az, dan Kak Ros.. Tapi customer je yang takde..Memang bosan gila waktu tuh! So, apalagi, start laa kerja gila Kak Az.. Muka aku yang jadi mangsa.. Tapi memang aku yang nak pon.. Dia make up kan aku.. Masa tengah makeup tuh, dia tak bagi aku tengok cermin pon.. Huh! Dan hasilnyaaaa......


Tadaa~Jadilah macam niii..

So, credit to Kak Az, Ronasutra selaku bedak and blusher,mascara,lipstick,and eye liner..  Bila tengok cermin, i said 'cantik jugak aku ni' Haha.. Mata aku nampak bulat bila Kak Az make up kan macam tu sekali.. Bila ada customer datang mereka semua tengok je aku.. Tak tau la pelik ke lawa ke..  Kak Ros kata elok2 customer tu nak tengok Kak Az, terus terpandang aku selaku cashier masa tuh.. Haha.. Ada sorang customer tu sebelum dia keluar, dia terpandang aku.. Dan satu benda yang aku tak sangka bila dia cakap 'WOW' kuat2.. Malu aku.. Haha..  Lepas selesai aktiviti make up tuh, pakai inai pulak.. Kak Az lagi yang pakaikan.. So, credit tu Kak Az selaku pencorak. Aku dan Diniey sebagai model dan achik selaku jurukamera 'handal'.. Haha.. 

Before and after.. Ni tangan aku.. Kaler dia tak merah sangat laa~

Dinieyy

             Seterusnya, time nii customer tak de.. So, start lagi laa keje gila kitorang.. Masa ni tak gila sangat sebab Kak Az cuti.. So, kitorang posing je.. Hehe...


Aku adalah seorang cashier ye dlm lakonan mahupun realiti..
With my achikk..


                   Seterusnya,, aktiviti ni dijalankan kelmarin.. Rumah Tok Cik Yah.. Dia panggil orang datang rumah sebab ada Majlis Cukur Jambul Baby Fiddeen Hamshi Bin Fikhran Hamshi.. Majlis ni diadakan dgan gilang gemilangnya.. Eceh.. macam buat laporan pulak.. Haha.. Aku diniey dan achik datang awal giler.. Masa datang orang tengah marhaban lagi.. Family lain belum sampai lagi.. Dah besar dah baby Fiddeen ni.. Comel.. Geram aku.. Tema majlis ni purple.. Lepastu kitorang makan.. Makanan dia sedap la jugak.. Lagi2 udang dia.. Dah la besar.. Nak aje aku habiskan tau! Tapi air nye teh tarik dgan mata kucing.. Hermm.. Then, duduk lepak kejap lepastu baru pulang.. 

Kat katil baby..Cantikkan.. Macam pelamin.. 
With Mukhreez and ngah..
Katil Fiddeen

Fiddeen Hamshi Bin Fikhran Hamshi
Comel kann budak nii

Cukur Jambul

         Tu, aktiviti kelmarin pagi.. Nak tau aktiviti kelmarin malam? Kitorang pergi tengok wayang.. Nak tau cerita apa? Istanbul aku datang laa.. Apa lagi kan.. So, ceritanya best sangat.. Lisa Surihani comel sangat.. Dan jeles jugak tengok blog lisa tuh.. Lawa giler dan ada yang memberi respon.. Untunglaa.. Part yang paling tak bole blah bila Lisa naik atas Beto Khusyairi.. Haha.. Berdekah aku..  So, seperti biasa posing dulu sebelum masuk dlam panggung.. Sikit je amik gmbar sebab si Cik Mal tu tak sabar2 nak masuk.. Bak katanya 'Cepatlah!! Nak tengok iklan.. Saya suka iklan'.. Kitorang amik couple seat tapi kat bahagian tengah, belakang sekali.. Awesome!! Tempatnya luas. Aku duduk sebelah Cik Mal.. Diniey sebelah achik.. Aku dan diniey punyalah feeling nak mampos yang Cik Mal dan Achik tu mcm tkde perasaan.. Yang sebelah aku tu makan popcorn je padahal masa nak beli ckap 'saya tak makan popcorn' Last sekali, dia yang habiskan.. Dah tu hampir je nak tidur budak tu.. Ish ish.. Yang sebelah diniey tu pulak duk sibuk ambil gmbar lisa dlm cerita tu.. Ish ish.. Biarlah mereka.. Asalkan mereka bahagiakan.. 

Sebelum masuk wayang..
Achik diniey dan cik mal. Siapa lagi jurukameranye kalau bukan aku kann
Lisa yang comel.. :)
Poster Istanbul Aku Datang

 So, ni aktiviti aku semalam kat farmasi.. Tagging harga :)


Seronok Buat Kerja Ni..
Seronok buat kerja nii

Jadi, sampai sini je lah dulu memandangkan aktiviti aku baru sampai situ.. Sekarang aku kat kolej achik.. Update blog while achik pergi meeting.. Lepasni pergi lunch kat Damansara.. Eeeeee... Tak sabar sabarnyeeee... :)

Bye koranggg..

Assalamualaikum w.b.t